Ayat pasif yang mengandungi perkataan kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan.
Contoh:
1. Pergaduhan itu kena lapor (oleh pengawas)
2. Mamat kena buli (oleh pelajar-pelajar tersebut)
3. Zura kena pukul (oleh ibunya)
Susunan (oleh+frasa nama) dalam ayat-ayat di atas lazimnya digugurkan secara pilihan, tanpa menjejaskan maknanya.
Sunday, March 6, 2011
Sunday, February 13, 2011
Susunan Songsang
Susunan songsang ialah susunan ayat yang mengubah bahagian predikat ke hadapan dan mengambil tempat bahagian objek. Contoh susunan songsang bagi ayat (1), (2), (3), dan (4) sebelum ini ialah seperti berikut:
Dalam ayat (1), (2), (3), dan (4) di atas seluruh predikat ayat dikedepankan. Dalam bahasa Melayu, terdapat juga keadaan yang hanya sebahagian sahaja daripada predikat ayat yang dikedepankan. Perhatikan contoh-contoh yang berikut.
(a) Pendepanan Frasa Kerja
1. Dia terduduk di situ
Telah terduduk dia di situ.
2. Wanita itu membeli beg tangan di Sogo.
Membeli beg tangan wanita itu di Sogo.
3. Adik terbangun apabila terdengarkan bunyi almari baju terkeriut.
Terbangun adik apabila terdengarkan bunyi almari baju berkeriut.
(b) Pendepanan Frasa Adjektif
1. Dia gagal melanjutkan pelajaran ke universiti.
Gagal dia melanjutkan pelajaran ke universiti.
2. Aiman sangat sedih pada malam itu.
Sangat sedih Aiman pada malam itu.
3. Hartini sangat peramah walaupun ibu bapanya pendiam.
Sangat peramah Hartini walaupun ibu bapanya pendiam.
(c) Pendepanan Frasa Sendi Nama
1. Kad hari jadi untuk Norlela daripada sahabatnya.
Untuk Norlela kad hari jadi daripada sahabatnya.
2. Zuraimi ke Melaka pagi tadi.
Ke Melaka Zuraimi pagi tadi.
3. Bunga orkid di kawasan peranginan itu sangat cantik.
Di kawasan peranginan itu bunga orkid sangat cantik.

Susunan Biasa
Susunan biasa ayat ialah susunan subjek yang letaknya di hadapan predikat, seperti dalam empat contoh yang berikut:
AYAT
SUBJEK PREDIKAT
1. Pemandangan itu cantik sungguh.
2.Kakak saya sedang membaca Majalah Jelita.
3. Pelajar-pelajar perempuan itu masih bermain bola jaring.
4. Ayah Irfan telah bekerja sebagai doktor selama 10 tahun.

Susunan Ayat
Ayat tunggal terdiri daripada dua bahagian, iaitu bahagian subjek dan bahagian predikat. Terdapat dua cara susunan konstituen-konstituen ini dalam ayat, iaitu:
1. Susunan biasa
2. Susunan songsang
1. Susunan biasa
2. Susunan songsang
Ayat Pasif dengan Kata Bantu Pasif Kena
Ayat pasif yang mengandungi perkataan kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan.
Contoh:
1. Kemalangan itu kena lapor (oleh jiran)
2. Kereta itu kena saman (oleh polis trafik)
3. Kucing itu kena marah (oleh tuannya)
Susunan (oleh+frasa nama) dalam ayat-ayat di atas lazimnya digugurkan secara pilihan, tanpa menjejaskan maknanya.
Contoh:
1. Kemalangan itu kena lapor (oleh jiran)
2. Kereta itu kena saman (oleh polis trafik)
3. Kucing itu kena marah (oleh tuannya)
Susunan (oleh+frasa nama) dalam ayat-ayat di atas lazimnya digugurkan secara pilihan, tanpa menjejaskan maknanya.
Friday, February 11, 2011
Ayat Pasif dengan Imbuhan Kata Ganti Nama Diri Pertama dan Kedua
Contoh kata ganti nama diri pertama dalam bahasa Melayu ialah saya, aku, kami, dan kita, sementara contoh kata ganti nama diri orang kedua ialah awak, engkau, anda, dan kamu. Kata-kata ini pula mempunyai bentuk ringkas, misalnya ku, untuk aku, dan kau untuk engkau.
Dalam ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua, kata ganti nama ini hadir di hadapan kata kerja dasar tanpa menerima awalan -di.
Contoh:
1. Burger itu aku makan.
2. Air itu belum saya minum.
3. Orang itu jangan kamu tegur.
Jika bentuk-bentuk ringkas ku dan kau digunakan, bentuk-bentuk tersebut dieja bercantum.
Contoh:
1. Air itu kuminum.
2. Gadis itu kulihat.
Antara kata ganti nama diri dan kata kerja dalam ayat pasif, tidak wajar disisipkan unsur-unsur lain. Ayat-ayat yang berikut misalnya, dianggap tidak gramatis:
1. * Air awak belum habiskan.
2. * Gelas itu kusudah basuh.

Ayat Pasif dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif
Ayat pasif jenis ini terbentuk dengan disertai imbuhan kata kerja di- dan ter-. Contoh:
1. Lampu itu oleh Pak Samad.
2. Telah Pak Samad oleh anak saudaranya.
3. Petang semalam telah lampu itu.
1. Lampu itu oleh Pak Samad.
2. Telah Pak Samad oleh anak saudaranya.
3. Petang semalam telah lampu itu.
Ayat Aktif Tak Transitif
Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu kata kerja yang tidak diikuti oleh objek. Walau bagaimanapun, kata kerja tak transitif boleh diikuti oleh unsur-unsur keterangan. Contoh ayat aktif tak transitif:
Ahmad sedang berbual-bual bersama rakannya.
Keluarganya pulang ke kampung.
Mereka bermastautin di Ipoh.
Ayat Aktif Transitif
Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif iaitu kata kerja yang diikuti oleh objek. Contoh:
Tukang kebun menebas lalang.
Pengetua menyampaikan ucapannya.
Ridzuan membaiki kereta saya.
Ragam Ayat
Dari segi ragamnya, ayat tunggal dalam Bahasa Melayu terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif.
1) Ayat Aktif
Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur yang diterangkan. Ayat aktif boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu :
i) Ayat aktif transitif
ii) Ayat aktif tak transitif
2) Ayat Pasif
Ayat pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai unsur yang diterangkan. Ayat pasif terbentuk daripada ayat aktif transitif. Ayat aktif tak transitif tidak boleh dipastikan. Ayat pasif dalam bahasa Melayu tergolong kepada tiga jenis, iaitu :
i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif.
ii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua.
iii) Ayat pasif dengan kata bantu pasif 'kena'.

Tuesday, February 8, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)