Sunday, March 6, 2011

Ayat Pasif dengan Kata Bantu Pasif Kena

Ayat pasif yang mengandungi perkataan kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan.

Contoh:
1. Pergaduhan itu kena lapor (oleh pengawas)
     
2. Mamat kena buli (oleh pelajar-pelajar tersebut)
    
3. Zura kena pukul (oleh ibunya)
   

Susunan (oleh+frasa nama) dalam ayat-ayat di atas lazimnya digugurkan secara pilihan, tanpa menjejaskan maknanya.

Sunday, February 13, 2011

Ragam dan susunan ayat

1. Ragam Ayat
2. Susunan Ayat

Susunan Songsang

Susunan songsang ialah susunan ayat yang mengubah bahagian predikat ke hadapan dan mengambil tempat bahagian objek. Contoh susunan songsang bagi ayat (1), (2), (3), dan (4) sebelum ini ialah seperti berikut:




Dalam ayat (1), (2), (3), dan (4) di atas seluruh predikat ayat dikedepankan. Dalam bahasa Melayu, terdapat juga keadaan yang hanya sebahagian sahaja daripada predikat ayat yang dikedepankan. Perhatikan contoh-contoh yang berikut.

(a) Pendepanan Frasa Kerja


1. Dia terduduk di situ
Telah terduduk dia di situ.
      

2. Wanita itu membeli beg tangan di Sogo.
    Membeli beg tangan wanita itu di Sogo.
    

3. Adik terbangun apabila terdengarkan bunyi almari baju terkeriut.
    Terbangun adik apabila terdengarkan bunyi almari baju berkeriut.


(b) Pendepanan Frasa Adjektif


1. Dia gagal melanjutkan pelajaran ke universiti.
    Gagal dia melanjutkan pelajaran ke universiti.
    

2. Aiman sangat sedih pada malam itu.
    Sangat sedih Aiman pada malam itu.
    

3. Hartini sangat peramah walaupun ibu bapanya pendiam.
    Sangat peramah Hartini walaupun ibu bapanya pendiam.
    

(c) Pendepanan Frasa Sendi Nama

1. Kad hari jadi untuk Norlela daripada sahabatnya.
    Untuk Norlela kad hari jadi daripada sahabatnya.
    


2. Zuraimi ke Melaka pagi tadi.
    Ke Melaka Zuraimi pagi tadi.
   

3. Bunga orkid di kawasan peranginan itu sangat cantik.
    Di kawasan peranginan itu bunga orkid sangat cantik.
 

Susunan Biasa

Susunan biasa ayat ialah susunan subjek yang letaknya di hadapan predikat, seperti dalam empat contoh yang berikut:

                                                          AYAT

                                   SUBJEK                      PREDIKAT
                     
                               1. Pemandangan itu cantik sungguh.
         
                           
                         2.Kakak saya sedang membaca Majalah Jelita.  
                                         
                                      
                                        
              3. Pelajar-pelajar perempuan itu masih bermain bola jaring.

     

                 4. Ayah Irfan telah bekerja sebagai doktor selama 10 tahun.

                                      
                                        


Susunan Ayat

Ayat tunggal terdiri daripada dua bahagian, iaitu bahagian subjek dan bahagian predikat. Terdapat dua cara susunan konstituen-konstituen ini dalam ayat, iaitu:

1. Susunan biasa
2. Susunan songsang

Ayat Pasif dengan Kata Bantu Pasif Kena

Ayat pasif yang mengandungi perkataan kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan.

Contoh:
1. Kemalangan itu kena lapor (oleh jiran)

2. Kereta itu kena saman (oleh polis trafik)

3. Kucing itu kena marah (oleh tuannya)

Susunan (oleh+frasa nama) dalam ayat-ayat di atas lazimnya digugurkan secara pilihan, tanpa menjejaskan maknanya.

Friday, February 11, 2011

Ayat Pasif dengan Imbuhan Kata Ganti Nama Diri Pertama dan Kedua

Contoh kata ganti nama diri pertama dalam bahasa Melayu ialah saya, aku, kami, dan kita, sementara contoh kata ganti nama diri orang kedua ialah awak, engkau, anda, dan kamu. Kata-kata ini pula mempunyai bentuk ringkas, misalnya ku, untuk aku, dan kau untuk engkau.

Dalam ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua, kata ganti nama ini hadir di hadapan kata kerja dasar tanpa menerima awalan -di.


Contoh:
1. Burger itu aku makan.
2. Air itu belum saya minum.
3. Orang itu jangan kamu tegur.









Jika bentuk-bentuk ringkas ku dan kau digunakan, bentuk-bentuk tersebut dieja bercantum.

Contoh:
1. Air itu kuminum.
2. Gadis itu kulihat.

Antara kata ganti nama diri dan kata kerja dalam ayat pasif, tidak wajar disisipkan unsur-unsur lain. Ayat-ayat yang berikut misalnya, dianggap tidak gramatis:

1. * Air awak belum habiskan.
2. * Gelas itu kusudah basuh.