Friday, February 11, 2011

Ragam Ayat

Dari segi ragamnya, ayat tunggal dalam Bahasa Melayu terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif.

1) Ayat Aktif
Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur yang diterangkan. Ayat aktif boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu :

i) Ayat aktif transitif
ii) Ayat aktif tak transitif

2) Ayat Pasif
Ayat pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai unsur yang diterangkan. Ayat pasif terbentuk daripada ayat aktif transitif. Ayat aktif tak transitif tidak boleh dipastikan. Ayat pasif dalam bahasa Melayu tergolong kepada tiga jenis, iaitu :

i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif.
ii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua.
iii) Ayat pasif dengan kata bantu pasif 'kena'.

No comments:

Post a Comment